Wednesday, September 02, 2009

PoSe

minggu lepas coti Merdeka...disebabkan haku pun dah lama tak balik kampung halaman, haku pun balik la time tu...merangkap skali nyambut pose kat kampung...hehehehe...dapat le buka pose & sahur dengan family...ok le tu kan...

untuk hari last haku kat kampung, time buka pose, haku dgn family haku decide nk buka kat umh..kalu tak b4 tu, kitaorg buka pose kat umh opah...maklum la opah ader 2 so 1 hari buka pose kat umh opah blah mama, 1 hari buka pose kat umh opah blah papa...sahur je sahur kat umh...hehehehe...time nih la nk kumpui bersama family selain dr time raya...besh wooo time buka pose tu mkn reramai...kalu nk dibandingkan buka pose kat KL nih..kadang buka pose dlm train la bus la...sbbnya jem...behsa la dok KL....

last day haku kat kampung, mama haku ckp buka pose kat umh je la...lgpun kang kalu gi memana lmbt plak nk balik umh..maklum le haku nk gerak balik KL b4 sahur so kena la tido awai mlm tu....mama request kat haku soh masak ayam goreng berempah..then gulai dalca & sambal tumis sotong...bahan² smua dah ader tinggai nk buat je...

biasa bila mama haku dh ckp gitu, haku pun prepare la bahan² yang patut tuk lauk buka pose kitaorg hari tu...mama haku prepare jelatah je...so nih la lauk pauk kitaorg berbuka tuk hari tu...nyummmyyyy...
ayam goreng berempah, jelatah, sambal tumis sotong & dalca (lauk ikut arah jam)

bila dah selesai masak smua, haku pun ilek la..mama pun ilek je...maklum le dia yg tukang pk menu tuk buka hari tu...hehehehe...pe² pun tidak ketinggalan kuih tuk buka pose hari tu yg paling besh..cekodok..yang nih opah aku yang buek kan...aku tolong gorengnya aje & tolong makan..hehehehe...so mmg ptg tu tak gi pun pasar ramadhan...sbbnya dah ader cekodok..(peberet adik haku)..ekekeke..


cekodok pisang ;)

paih tu b4 subuh, haku dah berangkat balik ke KL...disebabkan haku sorang nak kena sahur awai, so smua org dalam umh tu pun kena itot haku sahur awai...ekekekke...takkan la haku nk sahur sensorang kan...so yang lelain, parents & adik haku pun kena bangun gak la sahur sama dengan haku...skang tinggai lagi 2 minggu je haku nk balik kampung lagi tuk raya plaks...tak sabonya rasa...yahuuuu....

Tuesday, September 01, 2009

MERDEKA! yg ke-52

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Merupakan rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

~sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Jalur_Gemilang~